Zikir.

Dari Abu Darda ra berkata,

Rasulullah bersabda :” Maukah kuberitahukan kepadamu suatu amalan yang paling baik dan paling suci disisi Tuhanmu, dan paling menaikkan derajatmu, dan lebih baik bagimu daripada menginfa’kan emas dan perak, serta lebih baik bagimu daripada berjuang melawan musuh, kamu membunuh musuh atau musuh membunuhmu ,” Para sahabat menjawab “Ya”

Sabda baginda saw “ Zikrullah”
(HR Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah

Lupa.

​PETUA 3 AMALAN UNTUK MENGATASI LUPA​:

Semua orang lupa kerana ia adalah perkara biasa
Tidak ada manusia yang tidak pernah lupa.

Antara amalan untuk mengatasi masalah lupa dan mengembalikan ingatan adalah:

💚1) Isti’azah (mohon perlindungan dengan Allah) 3x : kerana lupa mungkin disebabkan syaitan yang menutup ingatan manusia. Dalam surah Al-Kahfi, Nabi Musa a.s. memerihalkan bagaimana syaitan yang membuatkannya lupa.

💙2) Istighfar : Barangkali kita lupa kerana kesan maksiat yang dilakukan. Itu yang dinasihatkan oleh Waqi’, tuan guru Imam Syafie ‘ : ilmu Allah itu NUR, dan cahaya tidak mungkin kekal dalam hati orang penuh dosa.

💖3) Selawat : kerana ia mengundang rahmat Allah. Bila lupa terjadi, ia bermakna 1 rahmat Allah telah ditarik dari kita.
Maka berselawatlah. Ia bakal mengundang segala rahmat & barokah, insha Allah

Semoga kita dpt amal agar bila kita lupa, kita akan kembali kepada Allah yang akan membantu ingatkan kita kembali.

Wallahuallam💚

Sangka baik.

Slm…
Renungan pagi…

*”BERBAIK SANGKA”*

Seorang anak kecil memegang dua buah epal🍎🍎 di kedua tangannya.

Ibunya datang mendekat, sambil tersenyum kemudian bertanya “Sayang.., boleh Mama minta 🍎 satu?”

Si anak memandang ibunya beberapa detik, kemudian dengan cepat menggigit kedua epalnya 🍎🍎, bergantian …

Si ibu berusaha menyembunyikan kekecewaannya, senyumnya terlanjur luntur dari wajah nya… 😕

Sampai kemudian si anak menghulurkan salah satu epal 🍎 yang telah digigitnya tadi kepada ibunya.

Dengan sukacita dan senyum ceria 😃 si anak berkata : *”Ini untuk Ibu, kerana yang ini LEBIH MANIS”* 👍

Hening.. 😔
ternyata anak ingin memberikan yang terbaik buat ibunya… makanya si anak memastikannya
👍😆

Tidak ada kata-kata yang terucap dari bibir ibunya, kecuali senyum dan bola matanya yang berkaca-kaca…. tak terasa mengalir air matanya 😭

*”JANGANLAH KITA CEPAT BERBURUK SANGKA”*

🐛Siapapun Anda,
seberapapun pengalaman & pengetahuan anda,
jangan tergesa-gesa menilai seseorang, siapapun dia.
Sabarlah… tunggu responnya….. pahami maksud nya

🐛Janganlah buru buru menghakimi, supaya kamupun tidak akan dihakimi….

🐛Berilah kesempatan kepada setiap orang untuk memberikan penjelasan … dengαn caranya sendiri ..

🐛Tetaplah menjadi orang yang sabar & bijaksana menilai diri orang lain….
👍😊🐌

☆☆☆ SERINGKALI …… kita kurang paham dengan maksud orang ………. kerana …….
Kita melihat dengan kacamata kita

*Tetapi*

Jika kita belajar mau sabar….. tenang…. dan cuba memahami dengan kacamata mereka…….
Pasti semua Indah ☆☆☆

Mari belajar *Berbaik Sangka* pada sesama saudara teman-teman dan siapa saja yang kita temui…

Semoga bermanfaat

Doa.

⏰ Tazkirah *_Dhuha_* – 05/08/2017

🗓 12 _*ZulQaedah*_ 1438 *_Hijrah_*

✨ *_بسم الله الرحمن الرحيم_* ✨
✨ *_السلام عليكم ورحمة الله وبركاته_* ✨

📝 *MALAIKAT BERDOA KEPADA SESIAPA YANG BERDOA UNTUK ORANG LAIN*

Antara amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam ialah berdoa untuk saudara seagama yang lain tanpa pengetahuannya. Amalan ini menyebabkan para malaikat berdoa agar kebaikan yang dipohon itu juga menjadi miliknya.

Doa seperti ini juga adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam
Daripada Abu Darda’ Radhiallahu’anhu bahawa dia mendengar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi waSallam bersabda yang maksudnya : *“ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.”*
(Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ Radhiallahu’anh, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam bersabda maksudnya : *“ Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama. ”*
(Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu’anh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam bersabda yang bermaksud : *“ Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu). ”*
(Riwayat Abu Daud dan at-Turmudzi).

*Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berdoa untuk kebaikan saudara muslim kita.* Jangan doa kita hanyalah semata-mata untuk diri kita sahaja. Begitu indah dan cantiknya ajaran Islam. Islam mendidik kita agar tidak mementingkan diri sendiri.

Apatah lagi janji Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi waSallam bahawa doa yang dipanjatkan untuk orang lain tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan oleh Allah Subhanahi waTa’ala dan di-Aamiinkan oleh para malaikat, makhluk Allah Ta’ala yang terpelihara daripada dosa.

*Semoga Allah Subhanahu waTa’ala memberi Taufiq dan kekuatan iman kepada kita untuk mengamalkan AMAL SOLEH yang bermanfaat ini….*

 

*_Al-Bakabi@Mindaku@KalamMurobbi_*

💕 *_اللهم صل على محمد وعل آل محمد_* 💕

🎓 *_Ustaz Ismail alBakabi_*

As Salam.

Assalamualaikum…
Muslimin & muslimat yg dirahmati Allah. Amalan solat hajat & wirid Khawjakan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Setiap minggu…hari khamis malam jumaat
Masa: 09:30 malam
Tempat: Masjid ArRaudah Peserai Bt Pahat Johor

🌹🌹🌹Tuan puan semua dijemput hadir pada setiap minggu. Sila share kepada group, kawan2, sedara mara, jiran2.
Mudah2an segala amalan baik kita akan mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Anak2 yg akan menghadapi peperiksaan, interview dan lain2 juga dijemput hadir.

Selawat.

🌳🍀🌳🍀🌳
🌳🍀🌳🍀🌳🍀🌳🍀🌳🍀
🌳🍀🌳🍀🌳

*اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى آل سيدنا محمد ، وعلى أصحاب سيدنا محمد*
*Allaahumma SHALLI ‘Ala SAYYIDINA MUHAMMAD, Wa ‘Ala ‘Ali SAYYIDINA MUHAMMAD, Wa ‘Ala ‘Ashhabi SAYYIDINA MUHAMMAD*

🍏🥒🍏🥒🍏🥒🍏🥒🍏🥒

*سبحان الله*
SUBHANALLAAH
*الحمد لله*
ALHAMDULILLAAH
*لا إله إلا الله*
LA ‘ILAHA ‘ILLALLAAH
*الله أكبر*
ALLAAHU ‘AKBAR
*أستغفر الله العظيم*
ASTAGHFIRULLAAH AL A’ZIM
*لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم*
LA HAULA WA LAA QUWWATA ‘ILLA BILLAAHIL ‘ALLIYYIL ‘ADZIM

🍏🥒🍏🥒🍏🥒🍏🥒🍏🥒

*اللهم صل على سيدنا محمد ، وعلى آل سيدنا محمد ، وعلى أصحاب سيدنا محمد*
*Allaahumma SHALLI ‘Ala SAYYIDINA MUHAMMAD, Wa ‘Ala ‘Ali SAYYIDINA MUHAMMAD, Wa ‘Ala ‘Ashhabi SAYYIDINA MUHAMMAD*

🌳🍀🌳🍀🌳
🌳🍀🌳🍀🌳🍀🌳🍀🌳🍀
🌳🍀🌳🍀🌳
_مرينتيس برسام البكابي_

Simbol.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua

*SIMBOL GOLONGAN YANG DIMURKAI ALLAH*

Ambilah pengajaran atasmu akan segala kiasan yang Allah datangkan kepada mu.

1; *AZAZIL*
-adalah simbol golongan ahli ibadah dan ahli ilmu yang tertipu..

2; *QARUN*
-simbol golongan hartawan yang tamak haloba.

3; *NAMRUD*
-simbol golongan yang memiliki kekuasaan dan kerajaan.

4; *FIR’AUN*
– simbol golongan yang diberi kuasa memerintah tetapi sombong dan angkuh dengan kuasa sehingga menganiayai dan menzalimi orang2 yang di bawah pemerintahannya…sehingga sanggup mencabar Tuhan!

5; *ABU LAHAB*
-simbol golongan yang tiada dapat melihat cahaya kebenaran walaupun cahaya kebenaran (kenabian) itu amat hampir dengannya.
Ianya disebabkan dengki, mementingkan maruah dan kesombongan.

Mereka adalah simbol manusia yang dicelakakan Allah kerana telah lupa diri apabila diberi harta, pangkat dan kekuasaan.
Golongan ini sebenarnya terus wujud di sepanjang zaman.
Nama-nama tersebut masih wujud tetapi berada dalam diri manusia yang tiada CAHAYA KETUHANAN ….

Dalam diri kita pun sebenarnya terdapat sifat2 mereka ini…justeru perlunya kita bermujahadah melawan sifat2 tersebut daripada terus menguasai diri kita….insha Allah

*BUNUHLAH QARUN, NAMRUD, FIRAUN, ABU LAHAB DAN DAJJAL DALAM DIRI KAMU!* 💚